Friday, July 31, 2009

Ulasan Artikel # 1.

Communicating for a new age.
Ulasan disediakan oleh : Mahfuz Bin Abdul Majid (192536).
Artikel asal : Coral Kinsey Goman Ph.d


  • Artikel “Communicating for a new age” ini adalah berkaitan pandangan yang dikemukakan oleh Coral Kinsey Goman tentang penyedilikan kesan terhadap perbezaan generasi dan reformasi komunikasi yang terjadi dalam setiap generasi dalam bidang pekerjaan serta akibat yang dapat dilihat.. Pada masa sekarang setiap generasi mempunyai cara berkomunikasi mereka yang tersendiri khususnya di tempat kerja. Terutamanya generasi Y, iaitu golongan yang dilahirkan dari tahun 1984 sehingga sekarang. Berbanding generasi Veteran (1927-1945), Baby Boomers (1946-1964) dan generasi X (1965-1983).
  • Generasi Y telah berkembang lebih maju daripada generasi sebelumnya. Apabila wujudnya struktur hierarki organisasi yag lebih tersusun dengan komunikasi yang kemas dan baik di setiap peringkat. Berbeza dengan Baby Boomer dan generasi X yang lebih menumpukan kepada visi dan misi syarikat atau organisasi.
  • Meskipun generasi Baby Boomer atau generasi X berkehendakkan kepada kaedah komunikasi yang lebih baik, tetapi akibat daripada keadaan ekonomi pada masa tersebut berbeza maka sukar untuk dicapai.
  • Pada zaman serba moden sekarang, kebanyakkan organisasi menginginkan pekerja mereka memiliki kemahiran dan pengetahuan selaras dengan kemajuan teknologi komunikasi. Sehubungan dengan itu, generasi Y merupakan antara golongan yang menjadi pilihan utama berbanding generasi sebelumnya. Hal ini kerana, golongan ini dikatakan telah menerima pendedahan sejak dari kecil lagi terhadap penggunaan teknologi komunikasi. Contohnya seperti penggunaan komputer yang dapat memudahkan dan menjimatkan masa serta kos.
  • Perhubungan antara majikan dan pekerja akan menjadi lebih mudah berbanding dahulu yang menggunakan kaedah bersemuka (face-to-face). Apabila penggunaan teknologi seperti e-mail, chat room mahupun blog digunakan secara meluas segala maklumat, masalah dan pendapat dapat diutarakan dengan lebih berkesan.
  • Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa kaedah dan teknologi komunikasi akan sentiasa berkembang dan berevolusi selaras dengan peredaran zaman. Setiap zaman pula mempunyai generasi yang memiliki cara berkomunikasi mereka tersendiri. Walaupun berbeza cara, namun selagi kaedah yang digunakan adalah berkesan dan bertepatan , maka ia boleh diteruskan. Asalkan apa yang ingin disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami oleh penerima.
  • Kesimpulannya, setiap generasi mempunyai kaedah komunikasi mereka tersendiri dan perkembangan teknologi komunikasi akan dapat memudahkan lagi pekerjaan serta sesuatu maklumat (komunikasi) itu disampaikan. Hakikatnya dunia akan sentiasa maju kehadapan dan kita seharusnya memanfaatkan segala teknologi serta peluang yang ada supaya tidak ketinggalan dan dilihat sebagai gologan yang buta ICT.

Tuesday, July 21, 2009

PEMBUKA KATA

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada Pn. Nurin dan rakan-rakan semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dibawah lindungan Yang Maha Esa, disamping keluarga dan insan tercinta.
Saya Mahfuz Bin Abdul Majid, pelajar jurusan komunikasi di Universiti Utara Malaysia(UUM). Tujuan blog ini dibina adalah bagi memenuhi keperluan kursus komunikasi iaitu Pengantar Teknologi Komunikasi. Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana berjaya terbinanya blog ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada Puan dan rakan-rakan sehingga terhasilnya blog ini. Saya akan memberi ulasan artikel dalam masa terdekat.

Sekian,
Senyum selalu dan jumpa lagi dalam perjumpaan akan datang. Selamat membaca...
maput_plk 2009/2010.