Ulasan artikel : Mahfuz Abdul Majid (192536).
Artikel asal : Bob Cullen (Vice President, Sales & Marketing, Hollingsworth & Vose Company).
- Artikel “Convergence of Voice and Data Telecommunications Transmissions” yang dituliskan oleh Bob Cullen (Vice President, Sales & Marketing dari Hollingsworth & Vose Company. Artikel ini adalah berkaitan dengan perubahan yang berlaku terhadap teknologi komunikasi dan juga syarikat-syarikat telekomunikasi itu sendiri.
- Jika dilihat beberapa tahun sebelum syarikat-syarikat telekomunikasi ini berkembang pesat, penggunaan telefon kebanyakkannya hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja. Bagaimana pun, pada hari ini setelah syarikat-syarikat telekomunikasi semakin membangun, maka penggunaan telefon turut sama berkembang pesat dalam kalangan masyarakat. Hal ini berlaku atas perubahan yang dibawa oleh syarikat-syarikat telekomunikasi, yang seterusnya turut membawa satu perubahan yang besar terhadap masyarakat amnya.
- Sepertimana lazimnya, permintaan akan membawa kepada penawaran. Sifat semulajadi manusia yang tidak pernah berasa puas, membolehkan syarikat-syarikat telekomunikasi ini bersaing dalam memberikan yang terbaik atas permintaan penggunanya.
Manakala dalam penciptaan internet pula telah membawa satu perubahan yang besar terhadap teknologi komunikasi. Penggunaannya juga adalah lebih meluas dalam masyarakat. Sepertimana yang dinyatakan oleh Bob Cullen, iaitu ’satu bilion manusia akan menggunakan internet dalam tahun 2005’. Penggunaannya juga akan terus meningkat kerana ia telah berubah menjadi satu media yang amat penting dan utama kepada masyarakat. - Kesimpulannya, kewujudan syarikat-syarikat telekomunikasi ini telah membawa sebuah perubahan dalam teknologi komunikasi yang seterusnya terhadap masyarakat. Perubahan teknologi ini akan terus berubah dan berkembang. Perkembangan ini seterusnya akan turut merubah masyarakat supaya seirng dengan kemajuan teknologi.