Tuesday, October 27, 2009

Ulasan Artikel # 5

Communication Technology Keeps Getting in the Way of Communication.

Ulasan artikel : Mahfuz Abdul Majid (192536).
Artikel asal : Helen Wilkie.

  • Artikel 5 bertajuk ”Communication Technology Keeps Getting in the Way of Communication” oleh Helen Wilkie. Menyatakan bahawa teknologi komunikasi dapat memudahkan manusia berhubung.
  • Alat teknologi yang sering digunakan oleh manusia untuk berhubung antara satu dengan lain adalah telefon.
  • Ramai yang mengetahui bahawa telefon telah dicipta oleh Alexander Graham Bell. Perciptaannya telah membawa kepada suatu perubahan dalam teknologi komunikasi.
  • Jika dilihat, penggunaan telefon adalah lebih efektif penggunaannya berbanding teknologi komunikasi yang lain.
  • Hal ini kerana, dengan menggunakan telefon sesuatu mesej yang ingin disampaikan adalah lebih jelas berbanding penggunaan teknologi komunikasi seperti, email misalannya.
  • Kita akan dapat mengetahui apa yang dirasai atau emosi penyampai sama ada sedang marah, gembira, sedih dan sebagainya. Ini boleh diketahui melalui nada penyampai semasa perbualan di telefon. Berbanding dengan penggunaan email yang hanya menggunakan bahasa sebagai medium bagi memahami apa yang ingin disampaikan oleh penyampai.
  • Walau pun teknologi dikatakan membawa kebaikan dan memudahkan. Namun ia sering dikaitkan dengan perkara yang tidak sihat. Hakikatnya, perkara ini terjadi disebabkan kelalaian dan kesilapan kita dalam memanfaatkan teknologi itu sendiri.
  • Contohnya, golongan remaja sering menghabiskan masa mereka dengan terlalu asyik melayari internet, bermain permainan komputer dan sebagainya sehingga mengabaikan pelajaran dan kehidupan mereka sendiri.
  • Sepertimana yang dinyatakan oleh Helen Wilkie sendiri yang mengutarakan teknologi bertujuan memudahkan tetapi yang menjadikan ia buruk adalah pengguna itu sendiri.
  • Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan aktikel ini adalah teknologi komunikasi sememangnya dapat memudahkan dan memberikan kebaikan kepada penggunanya. Bagaimana pun, jika teknologi ini disalahgunakan ia akan boleh membawa suatu kesan yang amat buruk. Oleh itu, seseorang pengguna itu perlulah bijak menggunakan sesuatu teknologi supaya ia membawa kebaikan bukan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment