Thursday, October 29, 2009

Ulasan Artikel # 6

Convergence of Voice and Data Telecommunications Transmissions.

Ulasan artikel : Mahfuz Abdul Majid (192536).
Artikel asal : Bob Cullen (Vice President, Sales & Marketing, Hollingsworth & Vose Company).


  • Artikel “Convergence of Voice and Data Telecommunications Transmissions” yang dituliskan oleh Bob Cullen (Vice President, Sales & Marketing dari Hollingsworth & Vose Company. Artikel ini adalah berkaitan dengan perubahan yang berlaku terhadap teknologi komunikasi dan juga syarikat-syarikat telekomunikasi itu sendiri.
  • Jika dilihat beberapa tahun sebelum syarikat-syarikat telekomunikasi ini berkembang pesat, penggunaan telefon kebanyakkannya hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja. Bagaimana pun, pada hari ini setelah syarikat-syarikat telekomunikasi semakin membangun, maka penggunaan telefon turut sama berkembang pesat dalam kalangan masyarakat. Hal ini berlaku atas perubahan yang dibawa oleh syarikat-syarikat telekomunikasi, yang seterusnya turut membawa satu perubahan yang besar terhadap masyarakat amnya.
  • Sepertimana lazimnya, permintaan akan membawa kepada penawaran. Sifat semulajadi manusia yang tidak pernah berasa puas, membolehkan syarikat-syarikat telekomunikasi ini bersaing dalam memberikan yang terbaik atas permintaan penggunanya.
    Manakala dalam penciptaan internet pula telah membawa satu perubahan yang besar terhadap teknologi komunikasi. Penggunaannya juga adalah lebih meluas dalam masyarakat. Sepertimana yang dinyatakan oleh Bob Cullen, iaitu ’satu bilion manusia akan menggunakan internet dalam tahun 2005’. Penggunaannya juga akan terus meningkat kerana ia telah berubah menjadi satu media yang amat penting dan utama kepada masyarakat.
  • Kesimpulannya, kewujudan syarikat-syarikat telekomunikasi ini telah membawa sebuah perubahan dalam teknologi komunikasi yang seterusnya terhadap masyarakat. Perubahan teknologi ini akan terus berubah dan berkembang. Perkembangan ini seterusnya akan turut merubah masyarakat supaya seirng dengan kemajuan teknologi.

Tuesday, October 27, 2009

Ulasan Artikel # 5

Communication Technology Keeps Getting in the Way of Communication.

Ulasan artikel : Mahfuz Abdul Majid (192536).
Artikel asal : Helen Wilkie.

  • Artikel 5 bertajuk ”Communication Technology Keeps Getting in the Way of Communication” oleh Helen Wilkie. Menyatakan bahawa teknologi komunikasi dapat memudahkan manusia berhubung.
  • Alat teknologi yang sering digunakan oleh manusia untuk berhubung antara satu dengan lain adalah telefon.
  • Ramai yang mengetahui bahawa telefon telah dicipta oleh Alexander Graham Bell. Perciptaannya telah membawa kepada suatu perubahan dalam teknologi komunikasi.
  • Jika dilihat, penggunaan telefon adalah lebih efektif penggunaannya berbanding teknologi komunikasi yang lain.
  • Hal ini kerana, dengan menggunakan telefon sesuatu mesej yang ingin disampaikan adalah lebih jelas berbanding penggunaan teknologi komunikasi seperti, email misalannya.
  • Kita akan dapat mengetahui apa yang dirasai atau emosi penyampai sama ada sedang marah, gembira, sedih dan sebagainya. Ini boleh diketahui melalui nada penyampai semasa perbualan di telefon. Berbanding dengan penggunaan email yang hanya menggunakan bahasa sebagai medium bagi memahami apa yang ingin disampaikan oleh penyampai.
  • Walau pun teknologi dikatakan membawa kebaikan dan memudahkan. Namun ia sering dikaitkan dengan perkara yang tidak sihat. Hakikatnya, perkara ini terjadi disebabkan kelalaian dan kesilapan kita dalam memanfaatkan teknologi itu sendiri.
  • Contohnya, golongan remaja sering menghabiskan masa mereka dengan terlalu asyik melayari internet, bermain permainan komputer dan sebagainya sehingga mengabaikan pelajaran dan kehidupan mereka sendiri.
  • Sepertimana yang dinyatakan oleh Helen Wilkie sendiri yang mengutarakan teknologi bertujuan memudahkan tetapi yang menjadikan ia buruk adalah pengguna itu sendiri.
  • Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan aktikel ini adalah teknologi komunikasi sememangnya dapat memudahkan dan memberikan kebaikan kepada penggunanya. Bagaimana pun, jika teknologi ini disalahgunakan ia akan boleh membawa suatu kesan yang amat buruk. Oleh itu, seseorang pengguna itu perlulah bijak menggunakan sesuatu teknologi supaya ia membawa kebaikan bukan sebaliknya.

Ulasan Artikel # 4.

The Digital Ages of Man.

Ulasan artikel : Mahfuz Abdul Majid (192536)
Artikel asal : Richard Naish.

  • Artikel 4 yang bertajuk ”The Digital Ages of Man” telah dihasilkan oleh Richard Naish, adalah berkaitan dengan perbezaan yang dapat dilihat antara seseorang pendidikan dan pelajar dalam sesuatu situasi yang berbeza. Jika dilihat para remaja pada zaman kini, kebanyakkan mereka telah terdedah dengan teknologi dan penggunaan ICT. Namun kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering diaplikasi oleh para pendidik tetap pada cara atau takuk yang sama. Biarpun begitu, golongan pendidik tetap memainkan peranan yang amat penting terhadap golongan pelajar.
  • Generasi Y atau generasi Millenium adalah golongan yang telah menerima pelbagai pendedahan berkaitan teknologi.
  • Kebanyakkan daripada mereka telah pun memiliki telefon bimbit sendiri, komputer, ipod dan sebagainya. Disamping, mempunyai akses dalam laman web sosial seperti facebook, friendster, my-space dan pelbagai lagi.
  • Ini menunjukkan yang perkembangan teknologi telah memberikan impak yang besar dan melahirkan golongan yang celik ICT.
  • Oleh itu, sebagai seorang pendidik adalah penting untuk mereka melakukan trangromasi berkaitan dengan cara pengajaran mereka.
  • Misalnya, dengan penggunaan E-Learning yang dilihat dapat menjadi satu perubahan yang berkesan dalam pendidikan.
  • Selain itu, penggunaan teknologi (ICT) turut dilihat dapat menarik minat para pelajar dalam memahami dan meminati sesuatu subjek yang diajar.
  • Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan artikel ini adalah, golongan pendidik mahupun pelajar perlu sentiasa belajar. Bagi seorang pendidik, ia perlu sentiasa belajar bagaimana untuk memperbaharui cara penyampaian atau pengajaran mereka supaya lebih berkesan dan sesuai mengikut masa tersebut. Manakala para pelajar, perlulah menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka sepenuh untuk belajar memajukan diri, bangsa dan negara mereka.



Ulasan Artikel # 3.

Facilitating Long Distance Relationship between Malaysia Granparent and Granchildren Living in the UK Through Computer Mediated Communication.


Ulasan artikel : Mahfuz Abdul Majid (192536)
Artikel asal : Nazean Jomhari & Sri Hastuti Kurniawan (Manchester Business School, University of Manchester, UK).

  • Artikel “Facilitating Long Distance Relationship Between Malaysia Granparent (GP) and Granchildren (GC) Living in the UK Throungh Computer Mediated Communication,” adalah berkisar tentang kepentingan penggunaan media komunikasi dalam menghubungkan antara ibu bapa (GP) dan anak-anak (GC) yang belajar atau berada di luar negara.
  • Dalam artikel ini, kita akan dapat melihat bagaimana hubungan kekeluargaan itu tidak akan sama sekali terputus. Walaupun di mana seseorang itu berada, biar pun dipisahkan oleh suatu jarak yang jauh. Namun, tidak menjadi penghalang dalam berhubung kerana terdapatnya penggunaan komputer sebagai medium komunikasi.
  • Sepertimana pepatah Melayu, “Air dicincang tidak akan putus”, begitu jugalah fenomena yang terjadi. Biar pun, di mana seseorang (GC) itu berada tetapi hubungan kekeluargaan itu tidak akan terputus disebabkan terdapatnya media komunikasi yang boleh digunakan oleh GP dan GC sebagai medium untuk berinteraksi dan berkomunikasi.
  • Di sini, kita dapat melihat betapa media komunikasi memainkan peranan penting dalam mendekatkan lagi hubungan kekeluargaan
  • Melalui penggunaan komputer yang terdapatnya kemudahan internet, video conference, email, yahoo messenger dan sebagainya akan dapat merapatkan lagi hubungan antara GP dan GC.
  • Kenyataan yang dapat dilihat dewasa ini, kebanyakkan pelajar-pelajar Malaysia adalah lebih gemar menyambung pengajian mereka di luar negara berbanding di dalam negara. Tambahan pula dengan adanya kemajuan media komunikasi pada hari ini, menjadi komunikasi bukan lagi satu masalah.
  • Jika dilihat sekitar tahun 70-an atau sebelumnya, para pelajar Malaysia sememang sukar untuk berhubung dengan keluarga mereka. Namun, pada hari ini revolusi perkembangan teknologi komunikasi telah membantu merapatkan hubungan antara GP dan GC biarpun di mana mereka berada.
  • Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan komunikasi sebagai media komunikasi telah menjadi satu keperluan, bukan sekadar sebuah kemudahan.
  • Penggunaannya bukan sahaja memudahkan sesuatu perhubungan, bahkan kos penggunaannya adalah murah serta dapat digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja selagi terdapatnya liputan internet.
  • Kesimpulannya, teknologi komunikasi ini telah menjadi satu medium yang berkuasa dalam merapatkan hubungan antara GP dan GC. Biarpun berada pada satu jarak yang jauh.

Ulasan Artikel # 3.